JKM Cari Ibu Kandung Budak Lelaki Diikat Rantai Besi

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 6:03 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih berusaha mengesan ibu kandung kanak-kanak lelaki yang diikat dengan rantai besi tanpa pakaian oleh bapanya di tangga sebuah flat di Paya Terubung, di sini Sabtu lepas.

Pengarah JKM Pulau Pinang Said Sidup berkata berdasarkan maklumat, wanita yang merupakan rakyat tempatan berusia 30-an itu telah lama tidak menemui anak lelakinya yang berusia lapan tahun itu.

"Selepas ibu dan bapa kanak-kanak itu bercerai, dia tinggal bersama bapanya manakala seorang lagi adik perempuannya berusia enam tahun tinggal dengan wanita berkenaan.

"Keluarga kanak-kanak itu juga tidak tahu di mana wanita berkenaan tinggal kerana telah terputus hubungan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata kanak-kanak lelaki itu kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan diberikan kaunseling oleh JKM bagi memulihkan emosinya.

"JKM sedang mencari ibu kanak-kanak itu untuk melihat sama ada wanita  berkenaan boleh menjaga anaknya selepas ini tetapi jika tidak dapat dikesan,  kanak-kanak itu mungkin akan ditempatkan di bawah jagaan JKM buat sementara," katanya.

Said berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita itu boleh menyalurkannya kepada JKM atau polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bapa kanak-kanak tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi selepas pihaknya mengambil keterangan daripadanya.

Akhbar semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang dalam keadaan bogel diikat dengan rantai besi di tangga rumahnya di sebuah flat di Paya Terubung selama lima jam oleh bapanya sebagai hukuman kerana nakal.
Tags / Kata Kunci: JKM , rantai besi , Said Sidup

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan