Hospital Perlukan 'Rawatan'

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 8:30 AM

Keadaan wad di HTAR yang digenangi air akibat hujan lebat.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini memerlukan 'rawatan segera'.

Akibat banjir kilat yang sering melanda kawasan hospital, kolam tadahan air sangat diperlukan di sana.

Terbaharu, sebahagian wad geriatrik dinaiki air akibat hujan lebat.

Wad itu berada di kedudukan yang rendah dalam kawasan hospital.

Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ming berkata kolam takungan di sebelah wad mungkin akan membantu mengatasi masalah ini untuk jangka masa pendek.

"Kita memerlukan kolam tadahan supaya air hujan mengalir ke sana ," katanya dalam satu temu bual di hospital.

Dr Ding berkata pembinaan kolam tadahan yang telah dicadangkan semasa mesyuarat dengan Jabatan Kerja Raya negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kesihatan pada Februari tahun lepas.

Wad tiga tingkat itu telah dibina pada tahun 1967, dan merupakan salah satu bangunan HTAR yang terawal.

Dr Ding berkata hujan lebat menyebabkan kawasan berkenaan digenangi air dengan cepat.

Beliau berkata tindakan pantas oleh doktor, jururawat dan kakitangan lain berjaya mengawal keadaan.

"Tiada pesakit atau peralatan yang terjejas," katanya.

Penyelia Hospital, C. Mohan berkata pihak hospital telah meletakkan beg pasir berhampiran pintu masuk sejak Oktober lepas.

Mohan, yang telah berkhidmat dengan HTAR selama kira-kira 30 tahun mendakwa bahawa reka bentuk longkang bersebelahan dengan hospital yang tidak diselenggara dengan baik juga menyumbang kepada banjir kilat.

Tags / Kata Kunci: Hospital Tengku Ampuan Rahimah , HTAR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan