AirAsia Laksana Daftar Masuk Sendiri Sepenuhnya Di KLIA2 Mulai Esok

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 9:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia melaksanakan proses daftar masuk sendiri sepenuhnya untuk kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mulai esok, 18 Mei, 2016.

Justeru, kesemua kaunter daftar masuk di klia2 akan ditutup mulai esok.

Menurut kenyataan AirAsia pada Selasa, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat penerbangan itu untuk memberi pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada semua pelanggannya.

"Para tetamu dinasihatkan melakukan proses daftar masuk sendiri melalui pelbagai pilihan yang ada seperti web dan aplikasi mudah alih selain menggunakan kios yang terdapat di lapangan terbang, sebelum ke kaunter bagasi untuk mendaftar masuk bagasi," menurut AirAsia.

Bagi penerbangan AirAsia, daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh dilakukan seawal 14 hari sehingga sejam sebelum waktu berlepas.

Sementara itu, bagi pelanggan AirAsia X pula mereka boleh melakukan daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih seawal 14 hari sehingga empat jam sebelum perlepasan yang dijadualkan.

Maklumat lanjut mengenai AirAsia boleh dilayari di Facebook dan Twitter AirAsia atau layari airasia.com untuk melihat video tutorial serta mengetahui proses layan diri untuk perjalanan yang lebih cepat dan lancar.

Tags / Kata Kunci: daftar masuk , KLIA2 , AirAsia

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan