Ahmad Zahid Mahu Tenaga Mahir Tempatan Isi 1.5 Juta Peluang Kerja Menjelang 2020 - Berita Semasa | mStar

Ahmad Zahid Mahu Tenaga Mahir Tempatan Isi 1.5 Juta Peluang Kerja Menjelang 2020

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 8:59 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu tenaga kerja tempatan mengisi 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor yang bakal diwujudkan di negara ini menjelang tahun 2020 bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri berkata 60 peratus daripada peluang kerja yang bakal diwujudkan berkenaan memerlukan tenaga mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.

"Kita mampu mengoptimumkan tenaga mahir, bukan bergantung kepada pekerja asing. Keutamaan perlu diberikan kepada pekerja tempatan, dan tenaga kerja tempatan perlu diberi gaji secukupnya supaya mereka dapat menyumbang kapada pembangunan negara," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-45 di kampus Universiti Malaysia Sabah di sini Isnin.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Sabah Maimunah Suhaibul.

Katanya dengan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing ia sekali gus dapat menghalang kesan negatif kemasukan pekerja asing ke negara ini seperti pembawaan penyakit berjangkit termasuk kusta, batuk kering, untut dan sebagainya.

Ahmad Zahid berkata pada suatu ketika penyakit berjangkit seperti kusta dan batuk kering seperti sudah tidak lagi wujud di negara ini namun penyakit berkenaan kini muncul semula.

Selain itu, katanya masalah lain yang ditimbulkan pekerja asing termasuk peningkatan kos rawatan di hospital-hospital kerajaan.

Menurutnya sehingga April lalu sahaja, jumlah bil perubatan hospital kerajaan yang gagal diselesaikan rakyat asing di negara ini berjumlah RM110 juta.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan