Ulu Muda Bukan Lagi Syurga Pencinta Alam

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 8:00 AM

Kawasan depoh pembalakan yang ditemui di Hutan Simpan Ulu Muda. -GARY CHEN/The Star

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

ALOR SETAR: Hutan Simpan Ulu Muda terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.

Ia berkeluasan kira-kira dua kali ganda saiz Singapura dan syurga bagi pencinta alam semula jadi dan hidupan liar.

Lebih penting ia adalah 'talian hayat' yang membekalkan air kepada Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Ia berfungsi sebagai kawasan tadahan air yang penting kepada empangan Muda, Pedu dan Ahning yang membekalkan kebanyakan air untuk tiga negeri berkenaan.

Namun rizab itu kini menghadapi ancaman besar. Pembalakan yang berleluasa sedang berlaku dalam kawasan rizab hutan.

Hanya tompokan kecil kawasan pembalakan dapat dilihat oleh pemandu yang menggunakan Jalan Persekutuan 157 antara Gulau dan Weng.

Namun keadaannya berbeza sehingga anda memasuki tapak pembalakan sebenar.

Hanya 9km dari pejabat Ranjer hutan di Gulau, seseorang itu perlu menyeberangi Sungai Sok, di mana paras air hanya setinggi tulang kering.

Jalan hutan dengan kelebaran sekitar 3m menunjukkan bahawa banyak pokok-pokok telah dibersihkan hanya untuk memberi laluan kepada kenderaan berat yang berulang-alik untuk mengangkut kayu balak keluar dari hutan.

The Star berjaya mencari sekurang-kurangnya lima depoh pembalakan, dengan beribu-ribu kayu balak yang berkualiti tinggi seperti meranti, cengal dan merbau terletak di sekeliling - menunggu untuk diangkut ke destinasi pemprosesan.

Satu depoh pembalakan ditemui kira-kira saiz 30 padang bola sepak.

Adalah dipercayai bahawa terdapat lebih banyak depoh yang sama lebih jauh ke dalam hutan.

Pekerja juga dilihat mengawal di khemah sementara pintu masuk yang dipercayai membawa kepada tapak pembalakan.

Ada di antara mereka dilihat mengukur dan merekodkan jenis kayu balak sebelum dibawa keluar dari hutan ke pejabat Ranjer Hutan di Gulau untuk pemeriksaan sebelum lori menuju ke destinasi masing-masing.

Pemerhatian selama dua jam di hadapan pejabat itu menunjukkan bahawa kira-kira 100 balak diangkut dengan 10 lori telah diperiksa.

Kegiatan pembalakan sememangnya tidak disenangi penduduk kampung di kawasan itu.

Wahad Ahmad, 48, yang tinggal di Kampung Landai berkata, keadaan sungai di kawasan itu kini sangat keruh.

"Sungai ini telah dipenuhi dengan lumpur dan pasir. Ia lebih teruk apabila hujan.

"Ketika masih kecil, saya boleh berenang dan menangkap ikan di sungai ini.

"Adalah mustahil untuk anak-anak saya menikmati pengalaman itu sekarang," katanya.

Seorang pesara yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Man berkata, dia sering melihat lori masuk dan keluar dari kawasan pembalakan.

"Ya, sungai menjadi lebih kotor tetapi apa yang boleh kita lakukan? Syarikat-syarikat ini mempunyai lesen untuk membalak di sini," katanya.

Sementara itu di Kampung Belantik yang terletak kira-kira 10km dari sini, tukang perahu Zulkifli Ibrahim, 45, juga kecewa apabila bercakap mengenai isu pemendapan sungai.

Beliau berkata sebelum pembalakan di hutan bermula, air  sungai sangat jernih dan dijadikan sumber air utama kepada penduduk kampung.

Laporan Ketua Audit Negara 2014 berkata kerajaan negeri telah meluluskan 6,252 hektar kawasan hutan untuk pembalakan dan 4,612 hektar pada tahun 2013.

Kedah menerima RM30.1 juta premium hutan pada tahun 2014 dan RM10.8 juta pada tahun 2013.

Tags / Kata Kunci: Ranjer Hutan , Pembalakan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan