Rayani Air 'Hilang' Kakitangan Berpengalaman - Timbalan Menteri

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 9:22 PM

Datuk Abdul Aziz Kaprawi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan kakitangan berpengalaman daripada senarai lembaga pengarah Rayani Air menjadi antara faktor yang menyebabkan syarikat penerbangan patuh syariah itu gagal beroperasi dengan baik.
 
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, syarikat itu mempunyai 'beberapa kakitangan yang agak baik' apabila ia membentangkan cadangan kepada kerajaan untuk mengendalikan syarikat penerbangan.

"Tetapi kemudiannya, sesetengah kakitangan berpengalaman ini meninggalkan syarikat itu dan ia meletakkan pengurusan syarikat dalam bahaya," kata Aziz kepada pemberita di lobi Parlimen.

Syarikat penerbangan itu digantung pada 8 April sementara menunggu penstrukturan semula operasinya.

Aziz berkata, berikutan apa yang dialami Rayani Air, kerajaan akan lebih teliti dalam meluluskan prosedur operasi syarikat penerbangan.

"Kami tidak terlepas pandang faktor-faktor itu, ia adalah kesalahan pihak pengurusan tetapi kita perlu mengukuhkan atau melaksanakan prosedur operasi standard yang lebih ketat dengan semua syarikat penerbangan.

"Sekarang kita mempunyai Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang akan membuat penelitian, maka sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan semua syarikat penerbangan kukuh dari segi kewangan," katanya.

Aziz berkata walaupun Rayani Air masih memiliki lesen operasi, penggantungan itu hanya akan ditarik balik selepas kementerian melihat bukti kukuh bahawa ia boleh dijalankan tanpa sebarang komplikasi.
Tags / Kata Kunci: Rayani Air , Datuk Abdul Aziz Kaprawi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan