PRK Sungai Besar: Pas Terbuka Terhadap Cabaran Calon Pakatan Harapan

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS bersikap terbuka terhadap cabaran daripada parti pembangkang lain yang mahu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun depan.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah membuat keputusan untuk meletakkan calon di kawasan berkenaan.

"Kita telah buat kenyataan untuk bertanding, parti lain terserah.

"PAS tak rugi apa-apa, kalau menang kita untung ... parti lain boleh mengadu nasib," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan berkata Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada PRK Sungai Besar. Pakatan Harapan dianggotai DAP-PKR-Parti Amanah Negara.

Hadi berkata calon PAS bagi PRK tersebut telah dipersetujui Majlis Syura dan akan diumum dalam masa terdekat.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Perak  Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan