Parlimen Bertafakur Kematian Dua Wakil Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan bertafakur selama satu minit berikutan kematian Ahli Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam tragedi helikopter di Sarawak awal bulan ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata kematian kedua-dua wakil rakyat itu adalah satu kehilangan besar kepada negara.

"Bagi pihak Ahli Parlimen, kita ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang telah kembali kepada pencipta dalam tragedi helikopter yang turut meragut empat lagi nyawa.

"Saya berharap keluarga mereka kuat untuk menghadapi keadaan ini," kata Pandikar.

Dalam tragedi pada 5 Mei lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 yang dinaiki lima penumpang serta juruterbang, terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau, Sarawak.

Selain Noriah dan Wan Mohammad Khair-il, empat yang lain ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan