Lebih Separuh Unit Kediaman Di Embassy Gardens London Telah Dijual

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 10:06 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Majlis Meletakkan Asas Binaan Terakhir Projek Legacy I di Embassy Gardens, Isnin.
Turut kelihatan Pengerusi Syarikat Eco World Ballymore Holdings Tan Sri Liew Kee Sin (dua,kiri), Pengarah Urusan Ballymore UK John Mulryan (kiri) dan Pengerusi Majlis Perusahaan dan Pelaburan Komanwel Lord Marland (kanan).
- fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LONDON: EcoWorld-Ballymore, sebuah projek usaha sama 75:25 antara Eco World International Bhd (EWI) dan Ballymore Group yang berpangkalan di United Kingdom (UK) telah menjual lebih separuh daripada unit blok kediaman pertamanya dalam projek hartanah tunggal terbesar di London - Embassy Gardens Fasa 2.

Ketua Pegawai Eksekutif EWI Heng Leong Cheong berkata lebih separuh daripada 197 unit Legacy Building 1, salah satu daripada tiga blok apartmen dalam fasa 2 telah dimiliki.

Embassy Gardens Fasa 2 akan mempunyai 709 unit mewah dan 163 unit berpatutan dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak 957 juta pound.

Fasa 1 telah dibangunkan sepenuhnya oleh Ballymore dan telah sepenuhnya telah dijual.

"Kami tidak menjual keseluruhan unit Legacy Building 1 pada masa ini supaya kita boleh menambah nilai dan meningkatkan harganya," kata Heng kepada pemberita Malaysia yang hadir di Majlis Meletakkan Asas Binaan Terakhir Projek Legacy I di Embassy Gardens, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin.


Embassy Gardens Fasa 2 telah diterima baik, mencatatkan jumlah jualan sebanyak 120.8 juta pound pada 31 Januari sejak dilancarkan pada September tahun lepas.

Embassy Gardens terletak di Nine Elms, tidak jauh dari projek Stesen Kuasa Battersea di sepanjang Sungai Thames.

Nine Elms bakal menjadi presint diplomatik baharu London dengan penempatan semula yang dirancang Amerika Syarikat dan kedutaan Belanda di sana, justeri ia dinamakan projek 'Embassy'.

Kerja-kerja pembinaan untuk Embassy Gardens Fasa 2 bermula pada Januari tahun ini dan dijangka siap pada separuh pertama 2019.

Najib, semasa berucap pada majlis itu, mengucapkan tahniah kepada EcoWorld-Ballymore kerana tampil dengan projek berwawasan, merangsang reka bentuk dan inovasi.

"Saya pasti ia dengan pantas akan menjadi mercu tanda terkenal, walaupun saya mesti mengatakan bahawa orang yang lemah semangat tidak akan terjun ke dalam kolam itu," kata Najib.

Beliau berkata projek-projek seperti Embassy Gardens menyumbang kepada rancangan untuk membangunkan Malaysia kepada status negara berpendapatan tinggi dalam beberapa tahun dan menunjukkan rakyat Malaysia boleh menjadi pendahulu dunia.
Tags / Kata Kunci: Embassy Gardens , Eco World

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan