Kolam Takungan Bukit Merah Masih Jauh Daripada Paras Bahaya Banjir

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Paras air di Kolam Takungan Bukit Merah ketika ini berada pada peringkat berjaga-jaga dan jauh daripada paras bahaya banjir, kata Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Menurut beliau, paras kolam takungan itu hari ini adalah 7.8 meter (25.6 kaki), iaitu masih jauh daripada paras bahaya banjir pada 9.14m (30 kaki).

"Semalam air meningkat sebanyak 0.18 meter dan masih berada pada paras berjaga-jaga. Malah, paras air di kolam itu masih belum mencapai paras normal iaitu 8.69 meter (28.5 kaki).

"Penduduk sekitar tidak perlu risau dengan kenaikan paras air di Kolam Takungan Bukit Merah," katanya pada Isnin.

Beliau berkata peningkatan paras empangan adalah disebabkan hujan di beberapa stesen cerapan di kawasan tadahan termasuk Batu 14 Sungai Kurau, Pondok Tanjung, Bukit Merah, Kampung Sempeneh dan Kampung Sungai Besar.

Berhubung pelepasan air ke kompartmen G dan H yang dijadualkan semalam, Zainol Fadzi berkata bekalan air telah disalurkan sebanyak 8,778.2 liter sesaat yang melibatkan 4,697 hektar di kawasan pertanian di Selinsing dan Gunung Semanggol.

"Diharapkan dengan pelepasan air ini, ia dapat memberi kelegaan kepada pesawah yang telah menunggu lebih sebulan untuk memulakan tanaman padi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak Datuk Ir Abdul Razak Dahalan berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan paras air di Kolam Takungan Bukit Merah daripada berlakunya banjir.

Tags / Kata Kunci: Bukit Merah , Banjir

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan