Jenazah Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datoh Selamat Dikebumikan - Berita Semasa | mStar

Jenazah Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datoh Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Jenazah Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh Aminah Abdul Manaf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Lalang, Sungai Dulang di sini, pukul 10 pagi tadi (Isnin).

Allahyarham, 52, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 6 petang semalam setelah menjalani rawatan di IJN sejak bulan lepas.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Datuk Khairuddin Termizi berkata jenazah dibawa pulang anggota keluarganya ke kediaman mereka di Kampung Tanah Lalang di sini malam tadi.

"Semestinya kami sedih dengan pemergiannya kerana Allahyarham adalah orang kuat di belakang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan banyak berjasa kepada UMNO bahagian serta masyarakat setempat," katanya.

Allahyarham, yang belum berkahwin, dilantik Ketua Wanita UMNO bahagian itu pada 2013 dan merupakan Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kawasan Parlimen Bagan Datoh.

Menyertai politik pada awal 1990-an, Allahyarham pernah menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh pada 2000.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan