James Lee Mula Pendakian Akhir Ke Puncak Everest

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 11:13 PM

Pendaki tertua dari Lions Club Malaysia, James Lee Chong Meng 68, (kanan) bergambar bersama Sherpa profesional selepas melakukan upacara 'Pooja' sempena Ekspedisi Lions Mount Everest Expedition (MEE) 2016, April lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng semakin menghampiri misi menawan Gunung Everest apabila memulakan pendakian fasa terakhir dari Kem Induk Everest (EBC) pada pukul 2 pagi ini.

Pendaki berusia 68 tahun itu, dalam misi Lions Mount Everest Expedition (MEE) 2016, dijangka sampai ke puncak Everest setinggi 8,848 meter dalam masa lima atau enam hari lagi.

Salah seorang anggota pasukan pengiring Lions MEE, pendaki Sherine Leong, 40, berkata kesihatan Lee adalah baik dan yakin sampai ke puncak ketika cuaca masa kini dilaporkan sederhana.

"Dari EBC, beliau akan mendaki tiga kem Everest iaitu Dua, Tiga dan Empat sebelum dijangka sampai ke puncak Gunung Everest menjelang Jumaat ini," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Beliau berkata Lee, yang bersemangat tinggi, hanya boleh dihubungi menerusi telefon satelit.

Ekspedisi Lions MEE 2016, anjuran Lions Club International District 308 B1 itu bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat dan memperlihatkan semangat 'Malaysia Boleh'.

Lee, bekas jurutera, memulakan impian menakluk gunung tertinggi dunia itu sejak 31 Mac lepas dan dijangka mencapai misinya dalam masa 70 hari.

Beliau yang mula mendaki gunung sebagai hobi semasa usianya 40-an, telah  mendaki beberapa gunung termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani di Indonesia, Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Ama Dablam di Nepal.

Turut menyertai pasukan pendakian ialah dua sherpa profesional iaitu Ngaa Tenji, 33, dan Ang Temba, 44, serta dua pendaki Leong dan Desmond Tee, 56, yang menyertai Lee ke EBC.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan