BN Tak Pandang Mudah PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 8:47 PM

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) tidak memandang mudah laluan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar walaupun pembangkang kini bertelagah merebut tempat untuk meletakkan calon di kerusi itu.

Menegaskan demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata BN akan menggerakkan jentera parti sebaik-baiknya bagi memastikan kemenangan dan mengekalkan penguasaan parti di dua kerusi berkenaan.

"Jangan fikir kita ini kuat sangat bila rumah tangga orang bermasalah. Tapi kalau dia (pembangkang) tak dapat selesaikan masalah dalaman mereka, dia akan jadi seperti di Sarawak.

"Kita akan berkerja keras memastikan calon kita diterima rakyat. Itu taktik yang digunakan BN sejak dahulu," katanya selepas menyaksikan Demonstrasi Network Centric Operations (NCO) dan Satelit X-Band Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, Isnin.

Beliau menegaskan BN juga tidak akan terbawa-bawa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat menolak calon BN pada pilihan raya itu.

"Saya tak boleh paksa sesiapa untuk jangan bercakap. Dia (Dr Mahathir) boleh bercakap apa sahaja, tapi yang penting kita pastikan jentera kita bergerak bagi memastikan calon kita menang.

"Masa dia (Dr Mahathir) PM (perdana menteri) kita dikerahkan untuk pastikan calon BN menang tapi sekarang sudah berubah pula. Bagaimanapun ini tidak menjejaskan persiapan kita untuk menang di kedua-dua PRK," katanya.

Pada Sabtu lalu, Dr Mahathir yang berucap pada Majlis Bersama Pemimpin Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati, Selangor menggesa supaya rakyat memenangkan sesiapa sahaja calon yang menentang BN pada PRK itu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut optimis majoriti rakyat kini semakin matang dan tidak emosi dalam menilai kemampuan BN untuk mentadbir dan memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat sentiasa diutamakan.

"Event hari ini juga membuktikan keselamatan rakyat sentiasa diutamakan walaupun dalam keadaan kemerosotan ekonomi yang tidak menentu," katanya.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini, ekoran kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khai-ril Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada PRU-13, Noriah yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi menewaskan calon PAS Mohamed Saalleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi manakala Wan Mohammad Khai-ril memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan