Virus Zika: KKM Sentiasa Berhubung Dengan Singapura

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 10:13 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Singapura bagi mendapatkan maklumat terkini jangkitan virus Zika untuk tindakan pencegahan oleh kedua-dua negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap satu kes jangkitan virus itu yang dilaporkan di Singapura, Jumaat.

"Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan kes ini adalah kes import di mana pesakit tersebut dijangkiti virus Zika selepas melawat Brazil dan disahkan pesakit itu tidak pernah melawat negara ini," katanya dalam kenyataan Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata tanpa pencegahan awal, Malaysia juga berisiko untuk mendapat kejadian kes import jika terdapat rakyat negara ini melawat negara yang telah berlaku jangkitan virus berkenaan.

Beliau berkata sebanyak 472 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan, namun, jangkitan virus itu tidak dikesan di negara ini sehingga 12 Mei lepas.

Selain itu, terdapat lima kes Guillain-Barre Syndrome dan satu kes microcephaly yang telah diuji untuk mengesan virus Zika dan keputusan juga didapati negatif, katanya.

Beliau berkata kementerian itu telah meningkatkan pemantauan di pintu-pintu masuk antarabangsa bagi pelawat asing dan rakyat Malaysia yang kembali daripada negara yang dilanda jangkitan virus Zika.

"Sehingga Mei tahun ini, saringan telah dilakukan terhadap 89,640 pelawat dari negara yang melaporkan jangkitan virus Zika di pintu masuk udara, laut dan darat dan belum ada pelawat yang disyaki dijangkiti virus itu sehingga kini," katanya.

Beliau juga menyarankan orang ramai supaya melaksanakan langkah-langkah pencegahan terutamanya memastikan persekitaran yang bersih dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes, dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan repelan.

Menurut maklumat terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 58 negara dilaporkan mengalami jangkitan itu dari Januari 2014 hingga 11 Mei 2016 tahun ini, katanya.

Virus Zika menyebabkan demam ringan dan bintik-bintik di badan, sakit sendi serta tidak menyebabkan kematian, namun ia dikaitkan dengan kejadian mikrosefali iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom "Guillain-Barre".

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan