'Wanita Gegelang' Bidayuh Akan Buat Persembahan Di Milan

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 10:03 AM

Tawud Anak Luhan (kiri) dan Singai Anak Nekad.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kumpulan kebudayaan terkemuka Bidayuh yang mengetengahkan 'wanita gegelang' dari Kampung Sembang di Ulu Padawan, akan mengambil bahagian dalam Lo Spirito Del Pianeta (festival antarabangsa masyarakat orang asli dan kumpulan etnik) di Begamall di Milan, Itali, dari 25 Mei hingga 13 Jun.

Kunjungan ke festival itu diuruskan oleh Kampung Budaya Sarawak dan mereka akan disertai oleh kumpulan kebudayaan Iban dan Orang Ulu, pengukir kayu Bidayuh, penenun pua kumbu dan pembuat manik Orang Ulu.

Semasa di festival itu, tiga wanita gegelang iaitu Peluk Anak Abeh, Tawud Anak Luhan dan Singai Anak Nekan serta penyanyi yang juga ahli muzik Mat Titeng akan mengadakan persembahan pada konsert yang memaparkan tarian dan busana tradisional kaum Bidayuh.

Mat, yang bertugas sebagai guru, berkata beliau akan mendendangkan lagu rakyat dan bermain 'pretong', sejenis alat muzik popular Bidayuh yang diperbuat daripada buluh, di konsert berkenaan.

"Semasa berada di Milan, kami juga akan menyertai aktiviti lain yang diatur penganjur termasuk bazar dan bengkel kraftangan dengan mengadakan demonstrasi kemahiran menghasilkan gegelang tembaga ini," kata Mat.

Malam Jumaat, anggota kumpulan itu diraikan dalam majlis makan malam oleh Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan dan mereka dihadiahkan busana Bidayuh serta wang saku oleh timbalan presiden persatuan itu, Boniface Anak Litis.

Mat berkata ini merupakan persembahan sulung mereka di luar negara selepas dua kali berbuat demikian di Kuala Lumpur semasa berlangsungnya festival.

Menurut Mat, wanita gegelang berkenaan, yang memakai lingkaran gelang tembaga pada lengan dan betis sebagai perhiasan, berkemungkinan kumpulan terakhir di Sarawak, malah di Borneo sekalipun.

Ini, katanya, disebabkan generasi muda tidak berminat untuk memakai gegelang tembaga ini, yang pernah menjadi simbol kecantikan dalam kalangan wanita Bidayuh.

Festival di Milan itu, yang menghimpunkan kumpulan kebudayaan dari seluruh dunia, diwujudkan untuk memberi pendedahan langsung terhadap golongan yang hidup dalam budaya mereka dan berkongsi pengalaman itu dengan masyarakat umum.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan