Sewa Helikopter, Juruterbang Asing Wajib Patuhi Peraturan Penerbangan Awam 2016

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua helikopter milik syarikat asing yang disewa syarikat tempatan di negara ini wajib mematuhi Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 mengikut Akta Penerbangan Awam 1969, kata ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata DCA mempunyai beberapa peraturan baharu berkuat kuasa 15 April lalu yang mewajibkan syarikat penerbangan mematuhinya jika mahu menggunakan pesawat milik syarikat luar negara selain penggunaan juruterbang asing yang berkelayakan.

"Sama juga syarikat tempatan yang menyewa helikopter dan juruterbang dari luar negara perlu patuhi syarat dan garis panduan yang telah DCA tetapkan, ia memang ada di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 yang berkuat kuasa April lalu. 

"Seperti ketika pilihan raya negeri Sarawak, ada permohonan untuk sewa helikopter untuk tempoh jangka pendek dan ada yang disewa untuk tempoh masa yang lama, kita tetapkan kepada operator penerbangan mematuhi panduan yang kita tetapkan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini. 

Azharuddin berkata semua syarikat penerbangan tempatan yang menyediakan khidmat pesawat helikopter tahu peraturan berkenaan yang perlu dipatuhi sebelum menyewa sebarang helikopter ataupun juruterbang dari luar negara. 

Mengulas operasi penerbangan helikopter di negara ini khasnya di Sarawak, Azharuddin berkata DCA memang sentiasa memantau semua pesawat yang berlepas dan mendarat pada setiap masa. 

Beliau berkata semua pesawat yang mahu berlepas memang wajib untuk berhubung dengan Pengawal Trafik Udara terdekat dan begitu juga ketika hendak mendarat kerana setiap juruterbang akan melaporkan kepada setiap menara kawalan terdekat kedudukan terkini mereka. 

"Kalau helikopter hendak berlepas dari kedudukan A mahu ke B dia perlu memaklumkan kepada pihak menara kawalan terdekat dan begitu juga apabila ia hendak mendarat walau dalam keadaan apa sekalipun.

"Namun begitu, ada juga situasi yang dipanggil "blind spot" di mana komunikasi tidak boleh dibuat atas faktor muka bumi dan pada kedudukan ini mungkin juruterbang tidak dapat berkomunikasi dengan pihak menara kawalan," katanya.

Menurutnya hanya pesawat yang mendapat kebenaran pelepasan daripada ATCO terdekat sahaja yang boleh terbang ke destinasi yang hendak dituju dan kalau ada berlaku sebarang bertukaran laluan penerbangan ia perlu dilaporkan kepada pihak menara kawalan.

Dalam insiden pada 5 Mei lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350 dikendalikan sebuah syarikat helikopter tempatan yang membawa lima penumpang serta juruterbang, terhempas dekat Sebuyau pada 4.12 petang sejurus berlepas dari Betong untuk ke Kuching.

Mereka yang terkorban dalam nahas itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Turut menaiki pesawat itu Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Dalam pada itu, Pengurus Penyelanggaraan Kanan Rotery Wing daripada Airod Ahmad Firdaus Azmi berkata pesawat jenis Eurocopter AS350 yang terhempas di Sarawak minggu lalu merupakan sebuah pesawat awam yang cukup popular dan digunakan serata dunia.

Katanya dari segi reka bentuk dan kemampuan enjin, pesawat jenis itu sesuai digunakan untuk apa jua keadaan muka bumi dan cuaca termasuk di negara ini.

"Pesawat ini (Eurocopter AS350) bagi saya sebuah pesawat yang cukup "matang" dan banyak digunakan di negara ini dan ia bukan satu yang asing kepada para jurutera penyelenggara helikopter tempatan," kata Ahmad Firdaus.

Menurutnya terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca kepada berlaku sesuatu nahas helikopter antaranya faktor mekanikal, cuaca dan kesilapan manusia.

Pada 4 April 2015, helikopter Eurocopter AS365N3 (9M-IGB) terhempas di kawasan berdekatan Kampung Sungai Pening Pening, Semenyih, Selangor.

Tragedi itu mengorbankan Anggota Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis selain Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

Sementara itu, dua kejadian helikopter terhempas berlaku di Sarawak sejak lima tahun lalu termasuk satu kejadian yang berlaku pada musim pilihan raya negeri ke-10 pada tahun 2011.

Pada 11 April 2011, sebuah helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu menyebabkan Kapten Sahimi Ghazali, 38, terkorban. Peristiwa berlaku lima hari sebelum PRN-10 pada 16 April 2011.

Pada 20 Julai 2012, helikopter jenis Eurocopter EC 120 milik sebuah syarikat swasta berpangkalan di Sarawak, yang tidak didaftarkan di Malaysia,  terhempas di Muara Sungai Lingga, Sri Aman disebabkan cuaca buruk.

Kejadian mengorbankan seorang jurutera Peter Ato Mayo, 53, arkitek Henry Loh, 42 dan seorang jurukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, manakala juruterbang, Rico Steiger, 35, seorang warga Jerman, terselamat.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: DCA , helikopter , Azharuddin Abdul Rahman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan