PAS 'Sendirian' Dalam PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 10:22 AM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: PAS tidak akan melibatkan dirinya dengan Pakatan Harapan dalam usaha untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar daripada Barisan Nasional (BN), kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kerjasama dengan gabungan parti pembangkang itu tidak akan berhasil kerana Pakatan Harapan telah gagal untuk berkerjasama dalam pilihan raya negeri Sarawak, katanya.

"PAS tidak menjangkakan apa-apa daripada Pakatan Harapan. Kami akan bertanding sendiri untuk kedua-dua kerusi Parlimen.

"Kami telah bertanding di kerusi-kerusi itu sejak Merdeka dan kami mempunyai hak mutlak untuk bertanding di kedua-dua kerusi.

"Mana-mana parti daripada pihak pembangkang perlu mengukur kekuatan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat PAS bahagian Pengkalan Chepa, Sabtu.

Mengenai Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang berkata parti serpihan PAS itu akan bertanding di kedua-dua kerusi, Abdul Hadi bersetuju bahawa kemasukan mereka dalam kedua-dua PRK itu akan memecahkan undi pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata PAS akan melakukan apa saja untuk merampas dua kerusi itu daripada BN dengan atau tanpa bantuan Pakatan Harapan.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan