Nur Jaziedah Muncul Juara Anugerah Ikon Siarawan 2016

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 7:00 AM

Pemenang utama Anugerah Ikon Siarawan 2016 (dari kiri), Pemenang Anugerah Ikon Prestij, Doria Rachel Jolly; Juara Ikon Siarawan 2016, Nur Jaziedah Zulkifli dan Pemenang Anugerah Ikon Platinum, Andy Reza bergambar dengan piala masing-masing selepas Majlis Anugerah Ikon Siarawan 2016 di Angkasapuri pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas lima bulan bersaing bagi merebut Anugerah Ikon Siarawan 2016, Nur Jaziedah Zulkifli, 28, muncul juara program tersebut sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 beserta sebuah trofi.

Kemenangan itu juga membolehkan beliau mengendalikan rancangan baharu terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), 'Interzone' yang dijangka bersiaran selewat-lewatnya Ogos ini. 

Beliau yang berasal dari Segamat, Johor mengalahkan empat finalis lain setelah berjaya menambat hati juri dengan dua tugasan yang diberikan kepadanya iaitu debat khas dan bual bicara misteri pada minggu terakhir program itu.

Andy Reza Rohadian Khairul Anwar, 23 pula di tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan Doria Rachel Jolly, 28 menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Sementara tempat keempat dan kelima pula ialah Siti Balqis Elias, 26 dan Syafik Shukri Abdul Jalil, 26 yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Ikon Siarawan merupakan sebuah program realiti terbitan RTM untuk mencari bakat baharu yang berpotensi dan berdaya saing dalam dunia penyiaran.

Kesemua finalis diadili berdasarkan penjurian profesional sepenuhnya yang dibarisi oleh pengacara terkenal, Syed Munawar Syed Mustar, Datin Yusanani Ishak; Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi, Prof Madya Abdul Razak Mohaideen; pelakon, Awal Ashaari serta Timbalan Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa RTM, Muis Shafie. 

Para juri berkenaan membuat penilaian berdasarkan persembahan, laporan, kebolehan dan keterampilan dalam setiap tugasan yang diberikan.

Program yang berlangsung di Wisma Radio, Angkasapuri malam ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran RTM TV2.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan