Sijil Belajar Ke Luar Negara Sudah Tidak Penting Jika 'Berduit'

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Siapa sangka pelajar SPM yang tidak layak untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, farmasi, kajian veterinar, pergigian dan penerbangan sebenarnya berpeluang mendapat 'jaminan' tempat di universiti luar negara menerusi 'bantuan' beberapa ejen.

Ejen dan bekas perunding terbabit telah memberitahu Sunday Star bagaimana mereka telah menghantar pelajar yang tidak layak ke luar negara dengan memberikan sijil kursus asas tanpa dipertikaikan.

Bagi sesetengah jurusan yang memerlukan pelajar untuk menduduki peperiksaan, keputusan yang diperolehi adalah tidak penting. Ujian ini, dakwa sumber dalaman, adalah palsu kerana ia telah dijalankan oleh ejen-ejen.

Dengan bayaran kurang dari RM4,000, para pelajar akan diberi sijil yang akan menjamin tempat mereka di universiti terpilih. Tetapi ketika membuat permohonan, bayaran antara RM20,000 dan RM60,000 perlu dibayar.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (sektor IPTA)Kementerian Pendidikan Tinggi Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir berkata penjualan sijil asas itu adalah salah.

Kementerian, katanya, boleh mengambil tindakan termasuk mengeluarkan denda atau membatalkan lesen institusi yang didapati bersalah.

"Beritahu kami jika anda tahu tentang institusi tempatan atau ejen yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

"JIka tidak menerima laporan daripada orang ramai, sukar untuk kami menyiasat dan bertindak mengenai perkara ini," katanya, sambil menggesa ibu bapa dan pelajar untuk tidak menyokong amalan salah ini.

Selain pameran pendidikan kementerian itu sendiri, beliau berkata terdapat banyak lagi saluran yang dapat memberikan nasihat kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kursus-kursus sah yang ditawarkan.

Meningkatkan kesedaran mengenai pilihan yang ada dan prospek kerjaya adalah satu proses yang penting dan perlu dilakukan secara berterusan, katanya.

"Kami faham bahawa ibu bapa mahu anak-anak mereka untuk mengikuti program dalam kursus-kursus kritikal seperti perubatan. Tetapi terdapat banyak peluang lain yang menawarkan prospek yang cerah untuk masa depan."

Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon menasihatkan pelajar untuk 'menentang' masuk ke universiti dengan cara itu, menyatakan bahawa tidak ada jalan pintas dalam kehidupan ini.

"Belajar kursus yang susah seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tidak mudah jika anda tidak mempunyai kebolehan. Anda akan menghadapi halangan yang besar dalam pengajian anda," katanya.

Pelajar, katanya, perlu memilih kursus berdasarkan minat dan kelayakan akademik mereka dan tidak berasa tertekan untuk memilih kursus tertentu semata-mata kerana ia adalah pilihan ibu bapa mereka.

Tags / Kata Kunci: SPM , sijil palsu

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan