Imigresen Tambah Baik Ciri Keselamatan Pasport

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelewatan pengeluaran pasport dijangka berlaku berikutan kerja-kerja menaik taraf dokumen perjalanan itu, kata Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, kelewatan itu disebabkan langkah penambahbaikan melibatkan aspek keselamatan pasport.

"Langkah penambahbaikan itu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan ia melibatkan semua pejabat jabatan itu di seluruh negara.

"Ia juga memerlukan pihak jabatan untuk menutup beberapa pejabat untuk tempoh tertentu  yang sekali gus menyebabkan kelewatan dalam pengeluaran pasport baharu," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau menambah, penambahbaikan itu juga termasuk perubahan sistem teknikal yang digunakan jabatan itu ketika mengeluarkan dokumen berkenaan.

"Sebarang kesulitan adalah dikesali," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jabatan Imigresen , Sakib Kusmi , pasport

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan