Hanya 22 Peratus Pencarum KWSP Ada Simpanan Mencukupi Untuk Persaraan

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh persaraan.

Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Balqais Yusoff berkata, 78 peratus pencarum lagi tidak mempunyai asas caruman mencukupi untuk tempoh persaraan mereka.

Sambil menyatakan dari sudut pandangan KWSP bahawa realiti persaraan hari ini agak menyedihkan, beliau berkata daripada 6.7 juta pencarum KWSP yang aktif,  65 peratus daripada mereka mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan.

"Jadi, ini bermakna, berdasarkan definisi kami, di mana pesara akan memerlukan sekurang-kurangnya RM820 sebulan dalam tahun-tahun persaraan, mereka yang mempunyai simpanan RM50,000 hanya boleh bertahan selama lima tahun sebelum simpanan mereka kehabisan.

"Itupun jika mereka boleh bertahan hidup dengan RM820 sebulan. Kita tahu RM820 itu tidak cukup, di mana dengan jumlah itu hari ini, mungkin anda boleh berbelanja untuk barangan runcit dan itulah realiti kehidupan hari ini," katanya kepada Bernama, di sini.

Balqais berkata, jumlah simpanan asas RM196,800 untuk persaraan dikira sebagai RM820 sebulan.

Beliau berkata, pada hari ini KWSP mempunyai kira-kira 14.5 juta pencarum di mana 6.7 juta yang menyumbang sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan dianggap sebagai pencarum aktif.

Katanya, struktur gaji yang rendah di negara ini adalah penyumbang utama kepada keadaan itu, di mana 89 peratus daripada penduduk yang bekerja mendapat kurang daripada RM5,000 yang diterjemahkan kepada kadar simpanan yang lebih rendah untuk KWSP.

"Dari segi kadar sumbangan, Malaysia adalah yang kelima tertinggi di dunia dari segi simpanan mandatori. Namun disebabkan struktur gaji ia tidak boleh diterjemahkan kepada bilangan simpanan yang tinggi," katanya.

Walaupun struktur gaji merupakan satu isu, beliau menjelaskan beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan terutamanya dasar gaji minimum di mana apabila kadar caruman dijajarkan dengan gaji minimum, keadaan itu akan bertambah baik.

"Oleh itu, kita perlu sentiasa mengkaji semula struktur gaji dan gaji minimum juga perlu dijajarkan dengan kos sara hidup yang terus meningkat," katanya.
-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KWSP , Balqais Yusoff

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan