Laporan PAC: Ubah Status "Rahsia Rasmi" Kepada "Untuk Tatapan Umum" - Ku Li

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 1:31 PM

 Tenkgu Razaleigh Hamzah

Tengku Razaleigh Hamzah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diklasifikasikan sebagai "Rahsia Rasmi" perlu ditukar kepada "Untuk Tatapan Umum".

Gesaan itu sekali lagi disuarakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah selepas timbul dakwaan terdapat beberapa kenyataan di dalam laporan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen telah dipadamkan.

"Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.

"Saya risau mengenai perkara ini kerana kita semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.

"Dengan adanya pemadaman ini, saya risau sama ada laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara," kata menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Jelas beliau lagi, pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 adalah bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan integriti serta nama baik Dewan Rakyat demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Parlimen sebagai badan perlembagaan untuk menjamin kepentingan mereka.

"Pemesongan terhadap seksyen di dalam akta yang disebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat.

"Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada laporan tersebut mencerminkan atau tidak kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, gesaan itu turut dibuat kerana berdasarkan perlembagaan Ahli Dewan Rakyat berhak mendapat laporan Ketua Audit Negara sebelum Parlimen bersidang pada Isnin ini.

"Isu-isu yang dibangkitkan itu penting kepada rakyat dan tidak ada sebab kenapa laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi," katanya.

Malah, Ku Li turut mengulangi gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar Ketua Audit Negara menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil siasatan mengenainya sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat.

"Dalam membuat keputusan tersebut perdana menteri memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang hendak diselindungkan," katanya.


Tags / Kata Kunci: 1MDB , PAC , Tengku Razaleigh Hamzah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan