Pakatan Harapan Mesyuarat Esok Tentukan Calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam pakatan itu akan meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.

Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan parti politik pembangkang iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata mesyuarat itu akan diadakan di pejabat Amanah di Kuala Lumpur sebagai persiapan untuk bertanding pada PRK tersebut.

"Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, PKR atau Amanah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam anjuran Amanah Pasir Puteh di sini, Jumaat malam.

Mohamad diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengingatkan pakatan itu supaya tidak meletakkan calon mereka dalam PRK itu jika sekadar untuk menguji sokongan. 

Tuan Ibrahim mendakwa kedua-kedua kerusi itu merupakan kerusi tradisi PAS dan parti itu akan mempertahankannya. 

Mohamad berkata PAS bukan berada dalam Pakatan Harapan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut itu adalah hak PAS.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun.-- Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan