NGO Minta Siasat Deklarasi Rakyat - Berita Semasa | mStar

NGO Minta Siasat Deklarasi Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 9:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gerakan 'Deklarasi Mahathir' telah mengumpul 1.27 juta tandatangan, khususnya yang melibatkan tandatangan secara dalam talian.

Presidennya Mustafa Abu Bakar berkata siasatan segera perlu dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terhadap dakwaan gerakan itu yang menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

"Kami mahukan kebenaran dan mahu tahu siapa yang berbohong dalam menyatakan jumlah tandatangan terkumpul itu," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

Menurutnya sekretariat Pakatan Harapan telah memaklumkan jumlah tandatangan terkumpul adalah 500,000, manakala pihak Tun Mahathir menyatakan tandatangan telah mencecah angka 1.27 juta.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata bahawa sebanyak 1.07 juta tandatangan dikumpul melalui atas talian, manakala 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal dan 50,000 lagi direkodkan di laman sesawang alternatif Change.org.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan