Lebih 90 Peratus Serpihan Mungkin Adalah MH370 - DCA

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 9:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua serpihan pesawat yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, Mauritius, adalah lebih 90 peratus milik MH370 yang hilang lebih dua tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata peratusan itu sebagai penjelasan kepada penggunaan takrif 'hampir pasti' yang digunakan oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia terhadap sebarang nahas udara.

"Serpihan itu memang daripada pesawat Boeing 777, itu sudah pasti. Tetapi ia tidak mempunyai 'direct link' (hubungan langsung) seperti nombor siri.

"Besar kemungkinan dalam penerbangan, hampir pasti itu maksudnya lebih 90 peratus," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menjadi penceramah pada Forum Industri Penerbangan: Menuju ke Hadapan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur, Sabtu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis lepas berkata pengesahan itu dibuat selepas sepasukan pakar antarabangsa selesai melakukan pemeriksaan di Australia, ke atas sekeping enjin 'cowling' dengan separuh logo Rolls-Royce serta serpihan panel dalaman kabin.

ICAO Malaysia mengesahkan kedua-dua serpihan itu adalah hampir pasti daripada MH370 dengan membuat kesimpulan kedua-dua serpihan itu konsisten dengan panel yang ada pada pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

Pengesahan itu melengkapkan hasil pemeriksaan yang dilakukan pada Mac lepas di mana pasukan tersebut mengesahkan serpihan yang ditemui di Mozambique hampir pasti milik MH370.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 kru, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , DCA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan