Suhakam Gesa Sekolah Tolak Hukuman Dera Murid

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 4:09 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang sekolah mungkin mengenakan hukuman dera kepada murid-murid berikutan cadangan Kementerian Pendidikan untuk memberikan mereka lebih kuasa dalam mengurus dan menangani isu disiplin.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Suhakam menyatakan keprihatinan berhubung cadangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959.

"Suruhanjaya amat bimbang bahawa kaedah itu akan membabitkan hukuman dera terutamanya kepada Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 kini menggantikan hukuman sebat terhadap pesalah murid-murid lelaki dengan khidmat masyarakat," kata Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul.

Suhakam berkata walaupun banyak hukuman dera dalam membentuk disipilin yang berkesan, banyak kajian menunjukkan bahawa ia menyebabkan kanak-kanak hilang minat dalam pembelajaran dan boleh membawa kepada kerosakan psikologi sepanjang hayat.

"Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang ditandatangani oleh Malaysia pada 1995 jelas menyatakan bahawa keperluan untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental (Perkara 9) dan dari hukuman berbentuk penyeksaan atau kezaliman, tidak berperikemanusiaan atau penghinaan.

"Lebih penting lagi, CRC dalam Perkara 28 (2) memerlukan disiplin sekolah ditadbir mengikut kaedah selaras dengan kemuliaan manusia terhadap kanak-kanak menepati konvensyen tersebut," kata Rodziah.

Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak dalam menyimpulkan pemerhatian pada 2007 menggesa Malaysia supaya mengharamkan semua bentuk hukuman sebat di rumah.

Ia juga menggesa Malaysia Malaysia supaya segera memansuhkan semua bentuk kekejaman, hukuman tidak berperikemanusiaan atau penghinaan termasuk hukuman rotan dan lain-lain bentuk hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah di bawah umur 18 tahun.

Tags / Kata Kunci: hukuman dera , rotan , Suhakam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan