Profesion Perguruan Hampir Setanding Bidang Kedoktoran - Alimuddin

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Profesion perguruan kini tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat kerana ia hampir setaraf dengan bidang kedoktoran, kata Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata ini kerana mereka yang ingin menjadi guru harus melalui saringan yang ketat seperti perlu mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tinggi dan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal tinggi sebelum berdepan dengan cabaran mendidik yang sebenar kelak.

"Setiap tahun lebih 100,000 belia memohon untuk menjadi warga pendidik, namun tidak lebih daripada 10,000 orang sahaja yang akan terpilih untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi mahupun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

"Malah sebagai contoh di negara barat, ada di antara guru yang mengajar di peringkat tadika dan sekolah rendah mempunyai kelulusan PhD ... ini merupakan suatu yang dilihat mampu memberi kualiti terhadap pembelajaran yang dilakukan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Bernama Radio menerusi program Dalam Radar yang membicarakan topik "Terbelakah Kebajikan Guru" di Wisma Bernama Sabtu malam.

Alimuddin berkata, peningkatan permohonan untuk menjadi warga pendidik juga disokong dengan kebajikan yang semakin terjamin dari segi gaji dan elaun.

"Kerajaan dilihat sentiasa menjaga kebajikan guru dengan mengambil kira bebanan yang dipikul oleh setiap warga pendidik.

"Dari segi pemberian gaji misalnya, semasa mula menjadi guru dahulu, saya mendapat gaji RM750 sebulan, tetapi pada hari ini difahamkan guru baharu mendapat lebih daripada RM2,000 dan menerima bermacam elaun misalnya elaun kenderaan, perumahan dan sara diri serta menikmati kenaikan pangkat," katanya.

Malahan, jika dibandingkan dengan negara-negara lain di benua Asia dan Afrika, Malaysia merupakan antara negara terbaik dari segi menjaga kebajikan dan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam profesion perguruan. 

Menerusi YGMB, Alimuddin berkata yayasan itu juga memainkan peranannya dalam menjaga kebajikan guru dengan menawarkan 16 faedah kebajikan kepada guru yang menjadi ahlinya dengan bayaran yuran bulanan RM10.

"Faedah itu meliputi khairat kematian, kemalangan, kecacatan kekal, elaun hospital, pelajaran dan malapetaka," katanya. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan