Rayani Air: DCA Terima Jawapan, Fakta Untuk Teruskan Siasatan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 6:20 PM

Azharuddin Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menerima jawapan dan fakta secukupnya berhubung kegagalan syarikat penerbangan Rayani Air beroperasi dan digantung lesen penerbangannya pada 11 April lepas.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata siasatan akan diteruskan berdasarkan maklumat daripada inkuiri pertama.

"Segala jawapan dan fakta yang diberi akan dianalisis oleh DCA.

"Sama ada DCA berpuas hati atau tidak dengan fakta-fakta tersebut, itu saya tak boleh kata sekarang...tapi semua soalan telah dijawab oleh pihak Rayani Air," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas menjadi speaker pada Forum Industri Penerbangan: Menuju ke Hadapan, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Azharuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perincian soalan yang dikemukakan ketika sesi inkuiri bersama pengasas Rayani Air Datuk G.Karthiyani pada Khamis lepas di ibu pejabat DCA di Putrajaya.

Beliau berkata, inkuiri dilakukan berdasarkan Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Malaysia 1996.

Katanya, DCA tidak akan menjalankan inkuiri kali kedua.

"Buat masa ini, kami tidak akan mendedahkan sebarang maklumat sehingga siasatan terhadap inkuiri pertama selesai," katanya.

DCA menggantung sementara operasi syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air selama tiga bulan bermula 11 April.

Susulan notis penggantungan yang dihantar kepada syarikat penerbangan itu pada tarikh yang sama, DCA akan melaksanakan audit keselamatan menyeluruh operasi Rayani Air untuk menilai pematuhannya kepada Sijil Pengendali Udara (AOC).

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , DCA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan