DAP Tidak Minat Bertanding Di PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar - Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP menyatakan pendiriannya bahawa parti itu tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

Guan Eng yang enggan mengulas lanjut berhubung calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil itu, bagaimanapun berkata segala keputusan akan dibuat selepas mesyuarat peringkat Majlis Presiden atau Majlis Tertinggi Pakatan Harapan dijalankan.

"Terlalu awal untuk memperkatakan tentang perkara ini. Kita serahkan kepada mesyuarat yang akan diadakan nanti di peringkat Majlis Presiden atau Majlis Tertinggi Pakatan Harapan yang tentu kami akan hadiri dan kami akan bincang dahulu sama-sama. Baru ada semangat setiakawan.

"Dari DAP kami tidak berminatlah... kami tidak berminat untuk bertanding di dua kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penang Anime Matsuri-Magical Summer 2016 di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut, Lim turut menyifatkan perkara berkenaan pilihan raya kecil di Parlimen Sungai Besar seharusnya diajukan kepada Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terlebih dahulu kerana kawasan terbabit adalah di negeri Selangor.

"Kita masih ada masa yang panjang untuk perbincangan kerana hari penamaan calon adalah pada 5 Jun. Masih belum terasa bahang-bahang pilihan raya kecil...ada tiga minggu lagi, marilah kita bersabar. Apa yang penting DAP hanya akan menyokong calon Pakatan Harapan sahaja," katanya.

Pada Jumaat, Guan Eng menegaskan DAP hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan dan tidak akan menyokong calon PAS kerana parti itu bukan sekutunya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon PAS Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi.-- Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan