Viral Wanita Ditelan Ular Sawa Di Taiping Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 11:15 PM

Gambar yang menjadi viral di media sosial.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.

Pengarahnya Datuk Yahya Madis berkata perkara itu adalah tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu.

"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Selain memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap pihak bomba, viral tersebut menyatakan reptilia itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Perak.

Tags / Kata Kunci: Bomba , Viral

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan