Sidang DUN P.Pinang Kecoh Jahara - Jagdeep Bertengkar

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Berlaku satu pertengkaran berhubung isu tanah di Taman Manggis ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat.

Jagdeep Singh (DAP-Datuk Keramat) telah menimbulkan kemarahan Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) apabila menyatakan bahawa Jahara telah menjadi penghasut dalam 'flash mob' di Taman Manggis 25 Mac lalu.

Jahara segera menafikannya dan meminta Jagdeep supaya menarik balik kenyataannya, namun Jagdeep enggan melakukannya.

Jagdeep telah menjawab soalan lisan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri telah membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di tanah di Taman Manggis pada sesi soal-jawab.

Suasana kecoh berlaku apabila Jahara enggan duduk walaupun setelah diminta oleh Speaker Datuk Law Choo Kiang.

Apabila diminta untuk menjelaskan kenyataannya oleh Choo Kiang, Jagdeep berkata apa yang telah dikatakan Jahara di stesen TV pada 24 Mac telah menghasut orang ramai untuk merusuh.

Choo Kiang kemudian mengarahkan kedua-dua wakil rakyat untuk duduk serta-merta dan menggesa ahli-ahli lain tidak beremosi.

Isu itu timbul apabila Jagdeep menuduh Jahara berbohong kepada rakyat bahawa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis telah ditolak oleh mesyuarat exco pada 28 Mac 2007 yang turut dihadiri Jahara.

"Mengapa ini tidak didedahkan kepada orang ramai bahawa anda berada di sana ketika keputusan itu dibuat," tanya Jagdeep.

Jahara menjawab bahawa dia dapat mengingati apa-apa mengenai mesyuarat itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan