Projek MRT Bukan Punca Banjir Kilat - MMC Gamuda

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 5:49 PM

Situasi banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim pada petang Khamis. -RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, rakan pelaksana projek Mass Rapid Transit (MRT) menjelaskan bahawa banjir kilat yang berlaku dekat Jalan Tuanku Abdul Halim semalam tidak berkaitan dengan pembinaan  MRT.

MMC Gamuda KVMRT (PDP) dalam kenyataan pada Jumaat berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, insiden itu bukan disebabkan atau berkaitan dengan pembinaan MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK).

"Kerja-kerja pembinaan sekarang di tapak kerja MRT Jalan Tuanku Abdul Halim dijalankan di atas jejambat bertingkat MRT seperti tren dan kerja-kerja sistem semboyan.

"Aktiviti di atas tanah seperti kerja-kerja awam dan saliran tetap telah siap dan diselenggarakan dengan baik," kata kenyataan itu.

MMC Gamuda KVMRT (PDP) akan terus bekerja bersama-tangan dengan Kontraktor Pakej Kerja untuk memberi sokongan kepada orang ramai di sepanjang jajaran MRT SBK semasa musim hujan ini.

Tags / Kata Kunci: MRT , MMC Gamuda , Banjir Kliat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan