PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar Serentak 18 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 12:13 PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah (kiri) mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Perak dan Sungai Besar Selangor di ibu pejabat SPR, Putrajaya, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P.067) dan Sungai Besar (P.093) akan diadakan serentak, masing-masing pada 5 Jun dan 18 Jun ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 14 Jun ini.

Beliau menambah, Daftar Pemilih Induk (DPI) bagi Parlimen Sungai Besar yang dikemaskini pada 6 Mei mengandungi 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan empat pemilih tidak hadir luar negara.

Selain itu, bagi DPI Parlimen Kuala Kangsar pula ia dikemaskini pada 7 Mei dan melibatkan 32,949 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 32,632 pengundi biasa, 312 pengundi awal dan lima pemilih tidak hadir luar negara.

"Kos bagi kedua-dua PRK  itu dianggar sebanyak RM2.7  juta," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini, Jumaat.

PRK bagi kedua-dua Parlimen itu diadakan selepas penyandangnya iaitu  Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon (Parlimen Sungai Besar) dan Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nashas helikopter di Sarawak.

Mereka antara enam yang terkorban dalam nahas itu selain suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Barisan Nasional memenangi kedua-dua kerusi parlimen berkenaan apabila Noriah yang memperoleh 18,695 undi menewaskan calon PAS, Mohd Salleh M Husin dengan majoriti 399 undi, manakala Wan Mohd Khair-il Anuar mencatatkan 14,218 undi dengan majoriti 1,082 undi apabila menyingkirkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.

Jelas Mohd Hashim lagi, pusat penamaan calon dan penjumlahan undi bagi PRK Kuala Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar dan SPR melantik Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria sebagai pengurus pilihan raya.

Bagi PRK Parlimen Sungai Besar pula beliau berkata,  Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Khairuddin Md Som dilantik sebagai pengurus pilihan raya dan Dewan Seri Bernam, Sungai Besar akan dijadikan lokasi penamaan calon serta penjumlahan undi rasmi.

Dalam pada itu, Mohd Hashim berharap kempen kedua-dua PRK tersebut akan berlangsung dalam keadaan tenang sama ada di pihak penyokong dan calon yang bertanding.

"Oleh kerana PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan, SPR berharap ia akan berlangsung dalam suasana tenang tanpa saling mengeji antara penyokong atau calon.

"Ini bukan kali pertama PRK diadakan pada Ramadan dan kami berharap semua pihak akan turut saling menghormati untuk menjadikan PRK ini berlangsung dengan aman seperti Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini," katanya.

Terdahulu, Mohd Hashim berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertuan Dewan Rakyat pada 9 Mei berhubung kekosongan kerusi Parlimen tersebut berikutan penyandangnya telah meninggal dunia.

Berikutan itu, selaras dengan perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka bagi mengisi kekosongan kerusi-kerusi parlimen tersebut.
















Tags / Kata Kunci: PRK Sungai Besar , PRK Kuala Kangsar , SPR

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan