PAS Kelantan Nafi Wujud Perpecahan Selepas Husam Dipecat

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 11:11 AM

Datuk Husam Musa

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS Kelantan menafikan wujudnya perpecahan selepas parti itu memecat bekas naib presidennya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian Datuk Husam Musa, minggu lepas.

Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata beliau menolak dakwaan yang dilemparkan segelintir pihak, malah menegaskan parti itu masih menerima sokongan kuat di peringkat akar umbi.

"Setakat ini, perkembangan adalah positif walaupun sebelum ini dikatakan akan ada 10 wakil rakyat PAS akan keluar parti namun sehingga kini masih tiada apa-apa.

"Apa yang saya lihat sokongan di seluruh negeri masih kuat dan kita juga membuat tindakan memperkukuhkan jemaah," katanya ditemui pemberita selepas majlis perasmian Karnival Bio Kelantan 2016 di sini, Khamis.

Jumaat lepas, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Sebelum ini, Husam lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.

Dalam pada itu, Che Abdullah turut meminta anggota parti itu yang telah menyertai atau condong kepada parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara agar kembali ke pangkuan PAS.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan