PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar: PAS Minta Parti Pembangkang Lain 'Undur'

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 11:35 AM

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mahu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menggesa blok pembangkang lain supaya berundur.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka tidak mahu berperang antara satu sama lain kerana ia adalah satu tindakan tidak produktif kepada matlamat bersama mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

"Pilihan raya bukan tempat untuk mempamerkan kekuatan," katanya.

Sambil menegaskan bahawa kedua-dua kerusi itu secara tradisinya ditandingi oleh PAS, Tuan Ibrahim berkata, perjuangan pelbagai penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi dan akhirnya memihak kepada BN.

"Tindakan parti-parti pembangkang lain untuk meletakkan calon mereka itu boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk menyelamatkan BN," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad supaya calon Pakatan Harapan berdepan PAS dan BN di kerusi Parlimen di Selangor dan Perak itu.

Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan kematian Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Tuan Ibrahim berkata fokus blok pembangkang perlulah bertujuan untuk menjatuhkan BN.

"Jika parti pembangkang lain benar-benar mahu melihat BN dikalahkan, mereka tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menjadi perosak undi," katanya.

Tuan Ibrahim juga membidas mereka yang membuat dakwaan tidak berasas bahawa PAS akan bersatu dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, yang keluar PAS untuk menyertai PKR bersetuju bahawa pakatan pembangkang harus membiarkan parti Islam itu bertanding satu lawan satu di kedua-dua kerusi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan