'Orang Kuat' Sungai Besar Tegas Pendirian Tidak Tanding PRK

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 3:16 PM

Datuk Jamal Md Yunos

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun namanya dicanang sebagai calon Umno untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, orang kuat kawasan itu Datuk Jamal Md Yunos menegaskan keutamaan beliau adalah untuk tidak bersaing seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini.

Jamal, ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata beliau telah menyatakan niatnya dengan jelas dari awal bahawa beliau tidak mahu bertanding di kerusi itu.


"Hanya kepimpinan tertinggi boleh membuat keputusan mengenai pencalonan. Sebagai ketua bahagian, tugas saya adalah untuk mencadangkan nama-nama kepada parti dan terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan," kata Jamal kepada The Star Online.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian wakilnya Datuk Noriah Kasnon. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun sebagai hari mengundi.

Jamal berkata seperti dalam pilihan raya sebelum ini, beliau akan mengemukakan beberapa nama daripada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri untuk dipertimbangkan parti.

"Jika mereka membuat keputusan untuk tidak memilih sesiapa, kita masih ikut sahaja apa keputusannya," katanya.

Mengenai serangan yang dilancarkan terhadapnya oleh bekas rakan baiknya Mohd Ali Baharum atau Ali Tinju, Jamal berkata beliau mengesyaki bahawa ia mempunyai kaitan dengan PRK.

"Saya fikir dia melancarkan serangan terhadap saya kerana PRK diadakan di kawasan saya. Dia hanya mahu merosakkan reputasi saya menjelang PRK itu supaya saya tidak akan dipilih sebagai calon.

"Tetapi saya telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak akan bertanding," kata Jamal.

Tahun lepas, Jamal dan Mohd Ali telah mempelopori gerakan Baju Merah untuk menangani protes anti-kerajaan yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan