MH370: Malaysia Anjur Mesyuarat Tiga Penjuru

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan menganjurkan mesyuarat tiga pihak melibatkan negara ini, China dan Australia bagi merangka operasi yang akan dilakukan pada masa akan datang untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mesyuarat itu akan diadakan sekitar 'Jun dan Julai' sebelum berakhirnya usaha mencari pesawat berkenaan di kawasan seluas 120,000km persegi. 

Menurut beliau, operasi mencari Penerbangan MH370 terus dilakukan di selatan Lautan Hindi dan sehingga kini, ia meliputi kawasan seluas 105,000km persegi.

"Kami yakin akan menemui bahagian utamanya (pesawat berkenaan) dan ia merupakan misi penting kami untuk terus mencarinya (Penerbangan MH370) kerana kami perlu mendapatkan jawapan (di sebalik kehilangan pesawat itu)," katanya kepada media selepas majlis penyampaian Anugerah Pencapaian Seumur Hidup, Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia di sini, Jumaat.

Tiong Lai berkata, pasukan mencari tidak akan membuat pencarian di kawasan lain dan berdasarkan serpihan yang dijumpai baru-baru ini, adalah disahkan bahawa usaha mencari menuju ke arah yang betul.

Beliau berkata para pakar mengecilkan kawasan kepada 120,000km persegi sebagai kawasan yang paling berkemungkinan pesawat itu berada. 

"Kami masih mempunyai masa (untuk mencari) kerana ia (operasi itu) baru meliputi kawasan seluas 105,000km persegi dan kami ingin menyempurnakan pencarian di kawasan seluas 120,000km persegi," katanya.

Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada pengesanan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Mengenai isu Rayani Air, Tiong Lai berkata, kementerian beliau sedang menunggu laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tentang kemampuan syarikat itu untuk meneruskan operasinya. 

"Rayani Air sepatutnya mengemukakan pelan pemulihannya dan Ketua Pengarah DCA (Datuk Azharuddin Abdul Rahman) berjanji mengemukakan kepada saya laporan itu dengan secepat mungkin...dalam minggu ini.--Bernama

Tags / Kata Kunci: MH370 , Liow Tiong Lai , Lautan Hindi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan