MAS Kembali 'Bernyawa', Catat Keuntungan Suku Pertama RM14 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas mencatatkan kerugian selama beberapa tahun, Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang berwajah baharu merekodkan keuntungan pada suku pertama mencecah RM14 juta bagi tempoh antara Januari hingga akhir Mac tahun ini.

Maklumat keuntungan ini telah dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Christoph Mueller yang akan meninggalkan syarikat pada September ini menerusi e-mel kepada kakitangannya, Khamis.

Beliau menulis: "Saya amat gembira untuk memaklumkan bahawa kita telah dapat memulihkan operasi semasa syarikat.

Setahun yang lalu, pada suku yang sama, syarikat penerbangan itu telah dilaporkan mengalami kerugian RM450 juta.

Mueller memberitahu kakitangannya: "Kita telah melihat peningkatan berterusan tahun ini dalam transformasi terbesar dan paling pantas dalam sejarah kita. Kita telah membentuk semula perniagaan untuk masa depan yang lebih kukuh, mampan dengan bergerak dengan cepat serta membuat keputusan yang sukar di peringkat awal."

Walaupun ia mendahului sasaran operasi, faktor-faktor yang telah menyumbang kepada keuntungan MAS adalah harga bahan api yang rendah, bilangan pekerja yang lebih kecil dan pengurangan kapasiti sebanyak 30 peratus yang telah membawa kepada pengurangan keseluruhan kos.

MAS juga telah menghentikan pesawat sarat bahan bakar, yang telah membantu mengurangkan kos bahan api.

Secara global, syarikat-syarikat penerbangan mencatat rekod keuntungan disebabkan oleh harga minyak yang rendah.

Mueller pernah berkata bahawa 'jika kami menghapuskan perkara-perkara yang luar biasa, aliran tunai kami adalah positif!'

MAS boleh mengharapkan lebih banyak penambahbaikan di peringkat kumpulan pada suku akan datang, apabila dua pesawat sarat bahan bakarnya, pesawat kargo B737-400 akan dihentikan.

Mueller turut berkongsi bahawa adanya pemulihan dalam trafik pasaran dari China dan Asia Utara selepas menjalankan strategi jualan agresif.

Mueller berkata, banyak lebihan kapasiti dalam pasaran tertentu telah dibawa keluar, menyebabkan purata pendapatan MAS terhadap setiap penumpang bertambah sebanyak lebih 20 peratus.

Tags / Kata Kunci: Christoph Mueller , MAS , suku pertama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan