Perkhidmatan ATM, Laman Web Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa perkhidmatan Maybank termasuk pengeluaran wang daripada mesin ATM dan akses ke laman web tidak boleh digunakan dalam tempoh tertentu pada Sabtu dan Ahad ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan tahunan seluruh sistem bank.

Sebagai contoh, perkhidmatan ATM tidak boleh digunakan dari pukul 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi manakala Maybank2u.com tidak akan boleh diakses dari pukul 3.00 hingga 7.00 pagi.

Dalam notis yang dipaparkan di laman webnya, Maybank menasihatkan pelanggannya untuk melakukan transaksi perbankan mereka lebih awal.

"Kami akan berusaha untuk mengurangkan tempoh gangguan perkhidmatan ini dan memohon maaf terlebih dahulu bagi sebarang kesulitan yang timbul," katanya dalam notis itu.

Beberapa perkhidmatan lain juga tidak boleh digunakan pada masa-masa tertentu.

Pelanggan Maybank yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan hotline 24 jam  di: 1300 88 6688 (Malaysia) atau +603 7844 3696 (luar negeri).

Untuk maklumat lanjut, layari Maybank2u.com.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan