Amanah Mahu Bertanding PRK Sungai Besar

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor mahu parti itu diberi laluan mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata, ini kerana parti itu mempunyai beberapa calon yang kesemuanya memiliki kelebihan tersendiri dan diyakini akan diterima rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata pihaknya juga telah membuat keputusan untuk mencadangkan calon daripada parti itu bagi PRK berkenaan.

"Segala gerak kerja bertemu masyarakat dan pengundi telah pun dibuat bagi memperkenalkan misi dan visi parti, malah program kemasyarakatan juga akan diperbanyakkan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Kerusi parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta empat yang lain termasuk juruterbang.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan kedua-dua PRK itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Amanah , PRK Sungai Besar , Pakatan Harapan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan