Adenan Umum Senarai Kabinet Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Jumaat mengumumkan senarai Kabinet baharu beliau pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.

Adenan sendiri menyandang dua portfolio iaitu Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar.

Beliau turut menamakan tiga timbalan ketua menteri (TKM). Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah, ADUN Baleh Tan Sri Dr James Jemut Masing dan ADUN Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Uggah turut dilantik sebagai Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, manakala Masing, yang juga bekas Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, kini menjadi Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan.

Abang Johari juga menjawat jawatan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan selain Menteri Perumahan dan Urbanisasi.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Adun Batu Kawah, Datuk Dr Sim Kui Hian dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan manakala bekas Presiden Parti Rakyat Bersatu dan Adun Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh merupakan Menteri Kewangan Kedua.

Turut dilantik menganggotai Kabinet negeri ialah Adun Tebedu, Datuk Seri Michael Manyin Jawong (Menteri Belia dan Sukan dan Perpaduan) manakala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Bukit Sari adalah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan.

Wanita tunggal dilantik dalam Kabinet itu, Datuk Fatimah Abdullah, yang juga Adun Dalat, menjadi Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional Sarawak dan Adun Kemena, Datuk Stephen Rundi Utom dilantik sebagai Menteri Kemudahan Awam.

Adenan berkata beliau akan melantik menteri muda tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan