Pesawat Terbesar Dunia Bakal Mendarat Di KLIA

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menerima 'tetamu istimewa' Sabtu ini apabila pesawat terbesar dunia dijadualkan mendarat di sini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Bhd Nik Anis Nik Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata tujuan pesawat kargo, Antonov-225, mendarat di KLIA adalah untuk mengisi minyak.

"Pesawat itu akan mendarat di KLIA di bahagian pesawat kargo untuk mengisi minyak," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Pengendali KLIA, Malaysia Airports, kini mengendalikan lebih 70 syarikat penerbangan di KLIA dengan kehadiran penumpang sekitar 50 juta orang setahun.

Difahamkan pesawat buatan Ukraine itu akan menuju ke Perth, Australia selepas mengisi minyak di KLIA.

Pesawat Antonov 225 dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam.

Tags / Kata Kunci: Antonov-225 , KLIA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan