Ketua Polis Negara Bertemu TMJ

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bagi menjelaskan mengenai beberapa perkara.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan bahawa pertemuan antara Tunku Ismail dan Khalid telah diadakan di Istana Bukit Pelangi di sini pada pagi Khamis.

"Kami tiba di istana pada kira-kira pukul 10 pagi dan pertemuan antara Tunku Ismail dan Khalid berlangsung kira-kira setengah jam.

"Saya tidak tahu apa yang dibincangkan antara kedua-dua pemimpin tetapi saya percaya ia membantu melicinkan beberapa salah faham," katanya ketika ditemui semasa perjumpaan di kalangan bekas rakan pasukannya di KSL Resort Hotel di sini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata selepas mesyuarat itu, beliau mengiringi Khalid balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana Ketua Polis Negara akan membuat kenyataan tidak lama lagi mengenai isu ini," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh Tunku Ismail bahawa Cawangan Khas Bukit Aman telah 'curi dengar' telefon bimbitnya.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , TMJ

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan