Kerajaan Nafi Pernah Bincang Naikkan Kadar GST

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 2:59 PM

Chua Tee Yong

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong hari ini menyangkal dakwaan bahawa kerajaan pernah merancang, berbincang atau bercadang untuk menaikkan kadar enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ketika ini.

"Memang tiada sebarang perbincangan untuk menaikkan kadar GST berkenaan setakat ini.

"Sehubungan itu, saya berharap orang ramai tidak akan menyebarkan sebarang berita salah atau yang tidak tepat mengenainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Ekuiti Swasta dan Modal Teroka Asia Tenggara 2016, di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai spekulasi yang disebarkan di media sosial bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST itu kepada lapan peratus berkuatkuasa 1 Jun, 2016.

Malah tegas Chua, khabar-khabar angin bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST berkenaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11, juga terbukti palsu.

Beliau turut menafikan spekulasi bahawa kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan bilangan barangan yang dikecualikan serta berkadar sifar GST ketika ini.

"Sewaktu pengubahsuaian Bajet 2016 sebelum ini, ada cadangan untuk mengurangkan bilangan barangan dikecualikan serta berkadar sifar GST berkenaan.

Antaranya termasuk minyak petrol RON95. Malah ada cadangan untuk membatalkannya (pengecualian GST).

"Bagaimanapun, ia tidak dilakukan selepas kerajaan menyedari kesannya (kepada pengguna) terutamanya akibat tekanan inflasi dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, Chua turut menyangkal spekulasi mengenai kemungkinan mengurangkan had jualan tahunan daripada RM500,000 kepada RM300,000 untuk syarikat perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah GST.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan berbincang dengan pihak 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung pertikaian komersialnya dengan International Petroleum Investment Co (IPIC).

Ia susulan tindakan IPIC semalam yang menuntut kerajaan dan 1MDB membuat bayaran sebanyak US$1.2 bilion termasuk faedahnya kepada firma Abu Dhabi berkenaan.

Ini selepas firma itu membuat bayaran faedah sebanyak US$52.4 juta ke atas bon 1MDB pada kadar 5.99 peratus yang dijaminnya.

Pada April, 1MDB menegaskan yang ia berhasrat memenuhi kesemua obligasinya kepada IPIC ketika firma Abu Dhabi itu sebaliknya menafikan ia menerima atau mengetahui mengenai pelbagai transaksi kewangan mahupun jaminan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan.

Chua turut menegaskan, pertikaian antara 1MDB dan IPIC itu tidak akan menjejaskan sasaran defisit fiskal yang ditetapkan kerajaan bagi tahun ini.

"Kita tetap mengekalkan (sasaran) defisit fiskal pada 3.1 peratus untuk 2016," katanya.

Tags / Kata Kunci: GST

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan