Empat Jalan Utama Di Ibu Negara Alami Banjir Kilat - Berita Semasa | mStar

Empat Jalan Utama Di Ibu Negara Alami Banjir Kilat

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 10:09 PM

Situasi banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim. -AZMAN GHANI / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat jalan utama terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam, Khamis.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

"Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama.

Tags / Kata Kunci: Banjir Kilat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan