Dua Serpihan Hampir Pasti Milik MH370 - Liow

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 10:30 AM

Serpihan dari dalam kabin dipercayai milik MH370 ditemui oleh sepasang suami isteri di sebuah pulau di Mauritius, di timur Afrika, awal bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua serpihan pesawat yang ditemui di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, Kepulauan Mauritius disahkan hampir pasti milik pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan pemeriksaan teliti oleh pakar antarabangsa, Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (Icao) Annex 13 Malaysia menyimpulkan bahawa kedua-dua serpihan itu konsisten dengan panel yang terdapat pada sebuah pesawat Boeing 777, milik Malaysia Airlines.

"Oleh itu, pasukan tersebut mengesahkan kedua-dua serpihan dari Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues itu hampir pasti milik MH370," kata Liow dalam satu kenyataan pada Khamis.

Liow berkata pengesahan itu juga selari dengan pemeriksaan pada Mac, apabila pasukan penyiasat turut mengesahkan serpihan ditemui di Mozambique hampir pasti milik MH370.

Dua serpihan yang ditemui berasingan di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues merupakan sekeping bahagian enjin dengan logo Rolls-Royce dan panel dinding kabin dalam pesawat.

Pemeriksaan ke atas dua serpihan itu dilakukan pasukan pakar antarabangsa di Australia.

Pada masa sama, Liow turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mozambique, Mauritius Afrika Selatan di atas bantuan yang dihulurkan untuk melengkapkan siasatan tersebut.

Jelas beliau, kerajaan tetap komited meneruskan pencarian MH370 dengan kerjasama Australia dan China.

Sehingga kini, kawasan pencarian sudah meliputi 105,000 kilometer per segi.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar kira-kira 40 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

1. Bahagian di sayap pesawat yang dipanggil flaperon, ditemui di Pulau Reunion pada Julai 2015 dan disahkan sebagai serpihan MH370 pada September 2015.

2. Penstabil mendatar di bahagian belakang pesawat, ditemui di Mozambique pada Disember 2015.

3. Panel penstabil ditemui di Mozambique pada Februari 2016.

4. Sekeping bahagian enjin dengan logo Rolls-Royce ditemui di Teluk Mossel, Afrika Selatan pada Mac 2016.

Bahagian dalaman tingkap pesawat ditemui di Pulau Rodrigues pada Mac 2016.

Tags / Kata Kunci: serpihan , MH370

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan