Barisan Kabinet Sarawak Dijangka Diketahui Esok

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 10:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan kabinet baharu kerajaan negeri Sarawak dijangka diketahui Jumaat, enam hari selepas Barisan Nasional (BN) menerima mandat baharu dari rakyat untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dijangka mengumumkan barisan kabinet itu di bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya di sini pada kira-kira 3 petang.

Pihak media dimaklumkan oleh Jabatan Penerangan Sarawak petang Khamis bahawa esok Adenan akan mengadakan sidang media mengenai barisan kabinet baharu negeri.

Perhatian pastinya terarah pada siapa yang akan dipilih bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri selepas Tan Sri Alfred Jabu Numpang memutuskan untuk mengundur diri pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) pada 7 Mei lepas.

PRN-11 menyaksikan BN memperoleh kejayaan besar apabila memenangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, berbanding 55 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri 2011.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Adenan meneruskan kecemerlangan dengan memenangi semua 40 kerusi yang ditandinginya, dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang diterajui Tan Sri James Jemut Masing turut cemerlang apabila berjaya menenangi semua 11 kerusi yang ditandinginya.

Selain itu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga mempamerkan prestasi yang baik apabila memenangi tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya, berbanding enam kerusi yang dimilikinya sebelum ini.

Kejayaan itu telah mencetuskan spekulasi di media-media sosial mengenai kemungkinan jawatan Timbalan Ketua Menteri akan diwujudkan lebih dari satu.

Selain itu, tumpuan juga pasti terarah kepada Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.

Ini susulan Adenan dalam sidang media awal bulan ini berkata satu-satunya cara untuk masyarakat Cina diwakili dalam kerajaan adalah dengan mengundi SUPP dan selepas itu baharulah beliau boleh mempertimbang untuk menambah lebih ramai wakil-wakil dari Cina dalam kabinetnya.

Presiden SUPP yang terakhir memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri ialah Tan Sri Dr George Chan, namun beliau tewas dalam pilihan raya negeri 2011, menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai presiden dan timbalan ketua menteri.

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , PRN Sarawak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan