"Vida, Jangan Sekadar Cakap Saja" – Pekerja Rayani Air

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 11:46 AM

Vida (gambar kecil) dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: “Vida jangan sekadar sembang saja,” demikian kata seorang pekerja Rayani Air mengenai kenyataan pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu.

Pekerja yang enggan dikenali itu berkata, Hazmiza yang lebih popular sebagai Dr Vida perlu membuktikan mengenai hasratnya untuk membeli saham Rayani Air.

"Isu Rayani Air ketika ini adalah sesuatu yang serius untuk ditangani. Ia bukan main-main. Vida perlu adakan perbincangan serius dengan Rayani Air sekiranya bercadang membeli saham Rayani Air, bukan mencari populariti,” katanya kepada mStar Online pada pagi Rabu.

Sebuah akhbar harian pada Rabu melaporkan bahawa Vida sedang menilai saham syarikat penerbangan itu kerana menyifatkan terdapat potensi dalam perkhidmatan penerbangan.

Dalam pada itu, Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan mempersoalkan sejauh mana kebenaran usahawan itu untuk membeli saham berkenaan, tanpa melihat dari segi prospek keuntungan dan populariti semata-mata.

Jika benar, Zulkalnain yang mewakili sejumlah kakitangan Rayani Air berkata, Vida seharusnya meneliti hasrat tersebut secara meluas, bukan sahaja potensi dalam industri penerbangan tetapi juga urusan berkaitan operasi dan kakitangan.

“Rayani Air ketika ini mengalami masalah dana. Vida perlu tahu keuntungan, kerugian, hutang dan aset Rayani Air.

“Ini termasuk tunggakan gaji 400 pekerja selama dua bulan berjumlah kira-kira RM3 juta. Sekarang ini dah nak hampir tiga bulan gaji tertunggak,” tegas Zulkalnain sambil menambah aspek lain yang perlu diteliti adalah mengenai bayaran balik tiket penerbangan kepada penumpang akibat penggantungan operasi.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.

Tambah Zulkalnain, kebajikan pekerja merupakan aspek penting bagi mana-mana pelabur yang mahu mengambil alih atau membeli sebahagian saham Rayani Air.

“Pekerja diperlukan untuk syarikat beroperasi semula. Dan nasib pekerja Rayani Air ketika ini ibarat ‘digantung tidak bertali’ tanpa gaji selama dua bulan.

“Jika Vida benar-benar ikhlas mahu beli saham Rayani Air, fikirkan juga periuk nasi kami.... dengan bulan puasa dan Hari Raya yang semakin hampir,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, hasrat Vida itu dapat membantu memulihkan persepsi masyarakat terhadap imej Rayani Air sebagai syarikat penerbangan patuh syariah yang dilanda dengan pelbagai masalah dan kontroversi.

“Oleh itu, saya menyarankan supaya Vida dapat mengadakan perbincangan bersama pemilik Rayani Air. Adalah lebih baik sekiranya Vida turut dapat mengadakan pertemuan berkenaan dengan kakitangan syarikat penerbangan ini,” ujar Zulkalnain.

MStar Online sebelum ini melaporkan pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan