TNB Nasihat Orang Ramai Waspada Tawaran Kerja

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa melalui proses pengambilan warga kerja yang diamalkan oleh syarikat itu.

TNB dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai tawaran kerja oleh individu yang menyamar sebagai warga kerja di syarikat bekalan elektrik terbesar di Malaysia itu.

Lebih membimbangkan individu yang menyamar itu turut meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerja selain memajukan surat tawaran kerja palsu.

Menurut kenyataan itu, pengambilan warga kerja oleh syarikat berkenaan akan dibuat menerusi iklan termasuklah di laman web www.tnb.com.my atau terus ke link https://emadis.tnb.com.my serta portal JobStreet.com dan bukannya melalui individu tertentu.

Malah TNB juga tidak sama sekali meminta atau menerima sebarang pembayaran daripada pemohon kerana proses permohonan jawatan di syarikat berkenaan tidak membabitkan sebarang bayaran.

Justeru mana-mana pihak yang menerima tawaran kerja mencurigakan dinasihatkan untuk berhubung terus dengan TNB di talian 03-22966537 atau 03-22966818.

Tags / Kata Kunci: TNB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan