Pengurusan Mayat Mendiang Kapt Rudolf Rex Ragas Selesai

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 8:55 PM

Rudolf Rex Ragas

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurusan mayat mendiang Kapten Rudolf Rex Ragas yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu, selesai dijalankan di Nirvana Bau, Kuching pada jam 3.30 petang Rabu.

Pengurusan mayat juruterbang itu, juga warga Filipina, dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada pihak kedutaan negara itu dan keluarga mendiang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

"Sebelum saya balik ke sini (dari Kuching) saya telah berbincang dengan keluarga mendiang...dari segi keadaan mayat, keadaan itu tidak memungkinkan untuk dibawa (pulang ke Filipina).

"Berikutan itu mayat berkenaan akan dikremasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) 2016, di sini, Rabu.

Rohani menambah abu mayat mendiang akan dibawa pulang ke Filipina menggunakan penerbangan komersil pada pukul 2.30 petang esok.

Mengenai konvensyen yang bermula hari ini, Rohani berkata ia bertujuan menemukan, mendengar serta berbicara mengenai agenda wanita di negara ini.

Setiap peserta telah dilantik sebagai mata bagi melihat dan melaporkan isu dan masalah kaum hawa; telinga bagi mendengar rintihan; dan suara untuk berbicara mengenai isu wanita, katanya.

Seramai 230 orang peserta hadir ke konvensyen yang berakhir pada Jumaat ini.
Mereka termasuk pengerusi MPWK negeri dan parlimen yang telah dilantik bagi penggal 2016-2017.

Tags / Kata Kunci: nahas helikopter , Rudolf Rex Ragas

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan